extra money mudah

Sunday, 30 October 2011

9 orang terpilih dan tempat ke-3

sembilan orang terpilih daripada 79 orang ketua kampung bagi menjuarai Ketua Kampung terbaik di daerah Sabak Bernam. Hadir membuat lawatan dalam meneliti kawasan Kampung di Parit 8 Sungai Leman adalah DO Tuan H.j Zainal Bin Hj. Noh,Pegawai Daerah Sabak Bernam.Turut hadir, Wakil Pejabat Agama Sungai Besar dan Pejabat Daerah Sungai Besar.


Mengadakan mesyuarat bersama Tuan Hj Zainal Bin Hj Noh (DO) Daerah Sabak Bernam

suasana di dalam bilik mesyuarat

sebilangan Ketua Kampung yang turut hadir

cenderahati sumbangan ikhlas daripada Samudin Bin Abdullah


Ketua kampung Parit 8 memberikan sepatah dua ucapan

lembah bernam bankenal

Kampung parit 8 telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Ketua Kampung terbaik di Daerah Sabak Bernam.Menurut beliau, Samudin Abdullah,Ketua Kampung Parit 8 Sg.leman, "Saya bersyukur kerana telah terpilih di dalam acara ini walaupun hanya mendapat tempat yang ke-3. Saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri dan menaiktaraf kampung ini dengan sebaik-baiknya".

Tuesday, 18 October 2011

Sinopsis Kg Parit 8




Pada hari Sabtu bersamaan 26 Jun 1946 terukirlah sejarah detik permulaan pembukaan tanah sawah Kampung Parit 8, Sg Leman, Mukim Pasir Panjang pada ketika itu masih dalam Daerah Kuala Selangor.
Penerokaan Tanah ini diketuai oleh Tn Hj Anang Bin Hj Salleh dengan kerjasama Datok Sidang Hj Said Ketua Kampung Pasir Panjang pada 27 Jun 1946. Datok Sidang Hj Said membawa Datok Sidang Hj Anang menuju ke Kuala Selangor mengadap Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor yang bernam Tuan Borry. Pada 28 Jun 1946 pertemuaan yang dihajatkan telah tercapai, Tuan Pegawai Daerah menerangkan memang benar tanah dikawasan tersebut hendak dibuka yang luasnya lebih kurang 17,000 ekar dan kerajaan berjanji akan memberikan bantuan kepada para peneroka yang berminat dan berjaya dalam penerokaan tanah tersebut. Pegawai Daerah meminta Datok Sidang Hj Anang supaya mengumpul orang dan menyenaraikan nama-nama yang berminat serta dihantar segera ke Pejabat Daerah Kuala Selangor. Datok Sidang Hj Anang adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan pembukaan tanah bagi kawasan Sg Leman. Pada 4 Januari 1947 adalah tarikh terlantiknya Datok Sidang Hj Anang Bin Hj Salleh ( sekarang Allahyarham) menjadi Ketua Kampung yang pertama bagi Kampung Parit 8 Sg Leman Sekinchan. Beliau berkhidmat selama 48 tahun sehingga 1 Jun 1995 dan meletak jawatan  atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Dari tarikh perletakkan jawatan selama 2 tahun jawatan Ketua Kampung di pangku oleh Setiausaha En Kornain bin Hj Abas sehingga 1 Jun 1997 yang mana jawatan tersebut di gantikan oleh Datok Sidang Hj Mohamed bin Busseman, dan pada 1 Ogos 2008 En Samudin Bin Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Kampung yang baru di Kampung Parit 8 Sg Leman.



Selain itu,terdapat juga kemudahan asas seperti Surau,Gelanggang Futsal,tadika,sekolah dan sebagainya disediakan dikampung ini bagi menjadikan sebuah kampung Parit 8 Sg.Leman sebagai satu kelompok kampung yang akan sentiasa dilihat maju dan membangun serta disamping sebagai alat komunikasi kepada pihak-pihak yang lain. 


salah satu rumah ibadah yang terdapat di Parit Lapan Sg.Leman Sekinchan surau AL-HIDAYAH


Tersedia Sebuah Masjid Nurul Falah


salah sebuah tadika kemas di kawasan kampung


Sebuah Sekolah Rendah Agama(SRA)
Terdapat juga kemudahan lain seperti Pusat Jalur Lebar Parit 8

Balai Raya JKKK
Balai Raya



Gelanggang kemudahan penduduk kampung

Sumber utama kebanyakkan penduduk kawasan kampung ini adalah berasaskan sektor pertanian(buruh kasar), menangkap hasil laut,berkebun dan ada yang bekerja sendiri.Tanaman padi adalah aset kampung dan menjadi sumber dan pekerjaan yang terpenting di kawasan perkampungan ini.Penduduk kampung berusaha menghasilkan hasil padi yang terbaik dan berkualiti.Bukan itu saja,malahan terdapat juga sumber lain seperti menanam sawit,pisang,tebu,kelapa,pelam dan menternak kambing,ayam,itik sebagai sumber rezeki penduduk kampung di sini.


pekerjaan utama



pelam yang telah di tanam

tanaman tebu



kandang kambing yang dimiliki oleh penduduk

hasil mentarang


pantai nan permai
 Terdapat banyak tempat-tempat yang boleh  dikunjungi seperti sawah padi,pantai dan sebagainya.Selain itu,terdapat juga akitviti sampingan yang boleh dilakukan di sini iaitu memancing ikan tidak kira dilaut mahupun bendang,mencari mentarang,melihat kebun buah-buahan segar,dan beriadah di tepi pantai.Pihak saya mengalu-alukan orang luar agar dapat melihat sendiri keindahan kampung Parit 8 Sg. Leman Sekinchan Selangor.